amirulhaffizi

From the blog

Email percuma untuk usahawan

 

 

 

 

Google mail atau dikenali sebagai Gmail adalah sesuatu yang sudah tidak asing lagi dengan kita kerana merupakan pilihan ramai pengguna email dan juga dengan anda bukan? Saya pasti anda akan mempunyai akaun email daripada gmail sekiranya anda mempunyai android bukan?. Bagaimanapun bukanlah Google mail sahaja yang menawarkan perkhidmatan  simpan email anda, sebenarnya banyak lagi provider yang menawarkan perkhidmatan ini yang mana mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang perlu anda terokai sendiri. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh provider ini akan membuka mata anda bahawa anda tidak perlu hanya kekal dengan akaun email anda yang satu sahaja. Semua yang anda perlukan ada disini, sudah pasti anda perlu pilih dan cuba sendiri yang mana lebih sesuai dengan anda sebagai usahawan dan perniagaan anda. Antara akaun email yang perlu anda gunakan adalah :

 

  • Zoho

Merupakan altenatif yang lain dan menawarkan email yang percuma kepada anda tanpa sebarang masalah. Ciri-ciri yang banyak pengawalan atau security yang mana sangat penting untuk anda serta pada masa  yang sama menawarkan pengalaman yang menakjubkan walaupun pada versi yang percuma. Nak lebih featured kena bayar,tetapi yang versi percuma tidak mengecewakan, untuk usahawan yang baru jom cuba.

 

  • Mail com

Mail.com adalah berbeza dari mail yang biasa dimana membenarkan anda untuk memilih lebih kurang 200 nama domain yang berbeza dan bergantung pada industri anda. Tempat penyimpanan adalah tanpa had “UNLIMITED” anda boleh gunakan seberapa banyak yang boleh. Mereka juga menawarkan tapisan “filter” spam dan antivirus serta penyimpanan mail. Tambahan juga kalender juga boleh disekalikan di Mail.com. Lampiran atau “attachments” boleh disokong sehingga 50 MB. Nota tambahan, mail.com hanya mereka yang ada nama domain jika belum dapatkan nama domain anda pada hari ini .

 

  • GMX11:06:10 AM

GMX  antara provider mail yang mesra pengguna yang mana anda boleh akses menggunakan telefon pintar anda. Menawarkan ciri-ciri yang menarik untuk digunakan dan dicuba antaranya adalah 50 MB attachments atau lampiran file , tempat simpanan mail yang tiada had dan membenarkan anda untuk menngunakan widget yang diberikan daripada homepage anda tanpa masalah.

 

  • Inbox com

Mempunyai papan permukaan yang menarik dan mudah untuk digunakan yang mana agak menarik untuk digunakan sebagai penganti Gmail. Kemungkinan ianya bukanlah yang terbaik tetapi inbox.com menawarkan banyak kelebihan yang anda cari. Nak tahu lebih lagi? Anda cuba sendiri untuk tahu fungsi yang ada di inbox.com

  • Yandex

Email alternatif yang seterusnya, Yandex menawarkan penyimpanan data kepada anda dan pada masa yang sama memberikan anda secara percuma alamat email. Anda boleh buka setiap penyimpanan untuk ruang yang lebih besar. Yandex tidak menyokong semua bahasa ,hanya beberapa bahasa sahaja yang ada walaupun asal program ini daripada Rusia

 

  • Yahoo Mail

Alternatif bagi usahawan yang mana jika dahulu semua orang pasti mempunyai akaun yahoo ini untuk tugasan harian. Sebenarnya alternative yang paling terbaik selepas menggunakan Gmail adalah Yahoo. Mudah untuk diuruskan dan penyimpanan yang sangat besar mampu untuk membantu anda dalam kerja seharian sebagai usahawan. Jadi apa yang anda tunggu lagi , gunakan Yahoo Mail hari ini untuk memudahkan pelanggan kita untuk menghubungi kita.

 

Dengan pelbagai pilihan yang anda miliki selain menggunakan Gmail, anda pasti akan rasa janggal untuk menggunakan semua email yang diatas , tetapi kenapa tidak anda cuba untuk menggunakanya? Alternatif untuk anda sebagai usahawan, semua mail yang ada mempunyai ciri-ciri yang sangat hebat untuk anda gunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!