amirulhaffizi

From the blog

“PM Tepi” boleh kena denda

Kenapa perlunya PM Tepi jika anda boleh menjual dengan telus, terutama mereka yang
menjual di Facebook atau di Instagram. Tidak ketinggalan juga mereka yang meminta kita whatsaApps
untuk mendapatkan maklumat untuk membeli satu-satu barang.

Sebagai penjual perlulah tulus dalam transaksi dalam talian, anda perlu memaparkan harga barang, harga
penghantaran dan juga cukai sekiranya ada. Sebagai pembeli pula sudah pasti mereka akan lebih selesa
sekiranya anda memaparkan harga tanpa perlu PM Tepi atau whatsaApps.

Produk atau ciri-ciri barang juga anda perlu masukkan supaya pengguna tidak rasa tertipu sekiranya anda telah nyatakan secara detail produk anda. Sebagai contoh,pengguna akan anggap bahawa barang yang diterima adalah sama seperti gambar yang anda tunjukkan tanpa anda memaklumkan bahawa gambar yang anda masukkan adalah tujuan promosi sahaja. Ini akan membuatkan pembeli rasa tertipu.

Jadi anda perlulah menjadi penjual yang bijak pamerkan harga,pamerkan kos yang dibayar dan sebagainya. konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!