amirulhaffizi

From the blog

4 Media Sosial Untuk Perniagaan

Soalan yang biasa orang akan tanya kepada perniaga terutama perniaga online berkenaan dengan media sosial yang mana dia patut gunakan dan bagaimana hendak tingkatkan bilangan pengikut dan jumlah like dalam setiap pos. Jadi disini saya kongsikan 4 media sosial yang perlu anda gunakan untuk mengukuhkan perniagaan anda.

  • Facebook Business Pages

 

Network yang paling besar sekali antara yang lain adalah facebook, setiap perniagaan sepatutnya mempunyai Facebook page. Janggan terkeliru dengan facebook personal profile dan facebook business page kerana kedua-duanya adalah berbeza. Dengan pengguna aktif seramai 1.4 Bilion sebulan sudah semestinya perlu bagi perniagaan menggunakan facebook page ini.

Perkara yang paling penting apabila anda menggunakan pemasaran Facebook adalah kebiasaanya gambar menarik perhatian pengguana. Jadi gambar di facebook akan menerima lebih banyak like, komen dan dikongsi. Anda hanya perlu kreatif dengan setiap apa yang anda pos, tanyakan soalan , postkan gambar dan engaged antara anda dan penonton akan meningkat. Ingat Facebook bukan tempat untuk “hard Sale” .

 

  • Twitter

Media sosial yang kedua yang sepatutnya perniagaan gunakan adalah Twitter. Anda boleh post gambar, video ,link dan hantarkan pesanan, suka diingatkan bahawa hanya limit kepada 140 patah perkataan sahaja. Di twitter juga jangan lakukan “hard sales” Cuma perlu berinteraksi dengan follower anda , berikan maklumat yang bermnafaat , tanyakan soalan dan anda akan dapat feedback dari pengikut anda.

 

  • Google plus

Google Plus atau Google+ berada di tempat yang ketiga dalam senarai media sosial yang perlu dimiliki oleh sesebuah perniagaan ini bermakna Google Plus penting untuk sesebuah perniagaan untuk meningkatkan engagement antara pelanggan. Google terus menukar cara untuk menentukan website siapa yang seharusnya berada di atas sebagai nombor satu dalam carian di google dan google telah memasukkan medium media sosial dalam carian mereka. Perbezaaan yang ketara antara Google plus dan Facebook adalah di Google Plus anda boleh berhubung dengan mereka yang menghubungkan mereka yang mempunyai minat yang sama seperti anda,mereka akan jadi sebahagian daripada keluarga atau rakan anda secara tidak langsung.

Seperti media sosial yang lain , anda juga perlu post seperti gambar, video, tips dan nasihat serta pelbagai lagi bertujuan memperkenalkan diri anda sebagai pakar dalam bidang anda dan akan menarik orang ramai menjadi prospek anda. Jangan lakukan jualan terus, perlu diingatkan bahawa di media sosial orang ramai lebih suka untuk bersosial berbanding membeli di media sosial.

Seperti di facebook, google plus mempunyai fungsi page juga yang mana anda ingin memperkenalkan produk anda atau diri anda sebagai jenama. Jadi untuk membina jenama anda , Google plus adalah platform yang sangat terbaik dan perlu dimiliki oleh setiap perniagaan kerana post anda akan dipapar dalam enjin carian, hanya Google plus satu-satunya media sosial yang mempunyai kebolehan itu .

 

  • YouTube

Satu lagi media sosial yang perlu anda ambil kesah untuk perniagaan anad adalah YouTube. Ramai yang tidak tahu bahawa YouTube merupakan media sosial berbentuk video yang membenarkan penonton meninggalkan komen di bawah setiap video. Youtube bukan sahaja boleh mendengar  video lagu yang biasa orang lain lakukan tetapi anda boleh kembangkan perniagaan anda berbentuk video. Merupakan produk yang dimiliki oleh pihak Google dan merupakan enjin carian yang kedua terbesar di dunia berbentuk video menjadikan Youtube senarai yang keempat dalam list untuk peniaga atau usahawan diluar sana.

Anda boleh lakukan video berbentuk informasi, tutorial, hiburan atau apa sahaja berkenaan dengan bidang anda. Tidak perlu upah syarikat-syarikat yang besar untuk mencipta video anda, cukup sekadar menggunakan camera hanphone anda sahaja.

Di youtube sama sahaja seperti media sosial yang lain , jangan lakukan jualan terus kepada pelanggan anda tidak kira barang atau servis. Fokuskan untuk berikan sesuatu yang percuma atau  berikan mereka rasa berbaloi untuk membelanjakan wang mereka untuk produk atau servis yang anda lakukan.

Jadi sebagai perniaga terutama Online jangan ketingalan untuk menggunakan platform media sosial yang dapat membantu anda dlam jualan anda. dengan kepesatan dan kelajuan teknologi sudah pasti akan membantu anda dan perniagaan anda untuk lebih maju dan berjaya.

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!