amirulhaffizi

From the blog

Web Hosting Murah?

Siapa sahaja yang tidak mahukan benda yang murah? betul tak? dalam ekonomi yang semakin mencabar ini masih ada lagi ke syarikat yang ingin berikan khidmatan yang terbaik kepada pelanggan dia? semestinya amatlah sukar dengan harga yang murah tidak amatlah mustahil bagi mereka untuk mengekalkan keadaan seperti itu.

Tapi sebelum itu saya akan terangkan secara ringkas apa itu webhosting atau hosting? Antara check list pertama yang perlu anda mliki untuk berniaga online adalah memiliki nama kedai di dalam maya atau talian. Apabila kita mempunyai nama kedai yang unik dan menarik kita perlu mendaftarkan nama kedai tersebut supaya nama kedai itu akan keluar pada carian google.

Nama kedai di atas talian (Online) di kenali sebagai “Domain” dan perlu dibeli erti kata mudah nama kedai atau nama produk yang ingin kita pasarkan.Apabila ada nama kedai kita perlu beli tapak kedai yang di kenali sebagai hosting. Hosting merupakan tapak kedai online kita, jadi untuk mendapatkan nama domain dan juga tapak kedai kita perlu beli pada provider yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Jadi timbul masalah untuk kita sebagai pengguna dan pembeli yang mana satu atau yang mana pilihan yang terbaik untuk perkhidmatan ini? mesti amat merungsingkan kepala dengan budjet yang rendah dan  kita ingin kan perkhidmatan yang terbaik daripada servis yang ditawarkan.

Sebenarnya terlalu banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia  pakej yang diberikan juga pelbagai dan harga juga pelbagai.Ada yang mahal ada yang murah mengikut budjet anda.kebiasaanya pakej yang diberikan adalah bayaran tahunan sebagai contoh RM 100.00 untuk satu domain dan hosting, ada juga lebih daripada harga tersebut mengikut budjet anda.

Ciri-ciri yang anda boleh pertimbangkan untuk membeli domain dan hosting :
1) harga bayaran tahunan atau bulanan
2) Ruang Simpanan Data (disk space)
3) Bandwith limit
4) Software yang diberikan ( wordpress)

Senarai yang di atas adalah cadangan sahaja, mengikut perniagaan yang anda jalankan dan anda juga perlu melihat budjet anda juga.Jadi ikut lah budjet anda ya, kadang-kadang murah sangat juga tidak best ada juga masalah pula nanti kan, anda rujuk mana-mana orang yang lebih tahu atau anda buat rujukan terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan pembelian untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.

psst: jika anda berminat membeli domain dan hosting yang murah, yang saya suggest kepada anda, boleh klik disni >>KLIK DISINI<< dan memerlukan saya bantu anda boleh maklumkan pada saya ya 😉

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!