amirulhaffizi

From the blog

5 Langkah Untuk Meningkatkan Trafik Ke Website Anda Menggunakan Google Plus (bahagian 2)

 

 

Tempohari anda telah mengetahui 4 langkah untuk meningkatkan trafik ke website anda dengan menggunakan Google plus hari ini pula merupakan sambungan bahagian kedua bagaimana anda boleh menggunakan Google Plus ini untuk perniagaan anda, antaranya adalah :

Tip #1: Anda Mengawal Rakan-Rakan Anda

Seperti yang anda ketahui bahawa istilah kawan atau rakan-rakan di Google Plus dipanggil “circle” jadi anda perlu bijak menguruskan rakan-rakan anda di Circle di mana anda perlu meletakkan orang yang betul di dalam circle yang betul. Dalam kata yang lain, anda perlu memastikan hanya orang yang sepatutnya  sahaja berada dalam sesuatu circle itu.Sekiranya anda post terlalu banyak mengenai media sosial, pastikan ianya memberi manfaat dan kelebihan kepada circle anda . Sudah pasti anda tertanya-tanya mengenai tips ini bukan?akan dijelaskan lagi dalam Tip #2

Tip #2: Kongsikan Kepakaran Anda

Apabila anda telah berjaya mengurus circle dengan baik, kenapa tidak anda kongsikan kepakaran anda? . Kebanyakan orang berpendapat dengan memilih circle ‘public’, mereka akan meraih banyak klik. Ya, mungkin ia dilihat oleh ramai pengguna yang lain, tetapi adakah itu akan memberi kesan  kepada post anda? Sekiranya objektif anda untuk meningkatkan penguasaan pembelian atau pelanggan baru, pastikan anda memilih sasaran circle yang berkaitan prospek ini secara keseluruhan. Jika anda mahu bakal pelanggan anda lebih alert dengan apa yang anda post pastikan anda klik pada “also send email” di mana berfungsi untuk memastikan orang yang terima post kita klik pada post yang kita buat. Zaman sekarang siapa yang tidak check email dia setiap hari bukan.

Tip #3: Gunakan Hashtag

Penggunaan hashtag dalam Twitter, Facebook, dan Instagram agak popular. Hashtag yang anda lihat dalam Google Plus nampak sama seperti laman sosial yang lain, tetapi sebenarnya ia mempunyai fungsi yang berbeza. Sebaik sahaja anda klik pada hashtag tersebut, yang muncul bukan sekadar untuk spesifik hashtag itu sahaja, malah post lain yang berkaitan juga akan muncul . Dengan ciri yang ada pada Google+ ini, anda boleh mencari rangkaian yang baru dan relevan, menjana idea, mengenalpasti kepentingan topik, dan meningkatkan trafik laman web daripada sesiapa yang berkaitan dengan kandungan dan produk anda.

Tip #4: Sertai Komuniti di Dalam Google Plus

Di facebook kita sudah biasa dengan kumpulan  atau kumpulan rahsia (group) yang membincangkan satu-satu topik khas atau tersendiri. Di Google plus juga mempunyai group atau kumpulan yang dipanggil komuniti,anda boleh tetapkan kepada umum atau rahsia sama sahaja seperti di facebook. Perkara  yang paling menyeronokkan tentang komuniti ini adalah adalah lebih fokus dalam membincangkan sesuatu topik sebagai contoh topik memasak , semua rakan yang bidang yang sama dan  kepakaran yang sama akan berkumpul dalam komuniti ini dan anda perlu sertai untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam komuniti ini. Komuniti ini adalah lubuk emas bagi anda.

Tip #5: Jadi Host Di Google Hangout

Pengusaaan Google Plus hangout merupakan salah satu cara untuk meningkatkan trafik laman web. Anda boleh mengajak lebih ramai pengguna lain untuk terlibat dalam perbincangan atas talian secara langsung dan juga berkongsi sesuatu topik dengan lebih specific. Sebagai contoh, jika anda menjadi pengelola atau penganjur untuk “Small Business Week”, sudah tentu anda akan berkongsi sumber yang berkaitan di dalam laman web anda. Jadi apa yang anda tunggu lagi, host Hangout anda sekarang untuk meningkatkan trafik ke website anda menggunakan google Plus, anda perlu gunakan kaedah yang percuma ini untuk meningkatkan jenama anda di dunia online.

 

Jadi anda perlu gunakan Tools yang hebat ini untuk perniagaan anda, pastikan anda tidak mahu melepaskanya , Google Plus akan memperkenalkan jenama anda ketahap global, yang penting anda perlu terus menggunakan Google Plus ini kerana ianya bakal meletup satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!