amirulhaffizi

From the blog

Rancang isi kandungan video anda – Tip Video

Percaya atau tidak bahawa isi kandungan video lebih penting berbanding kualiti video. Ini tidak bermakna kualiti tidak penting, , ianya sama juga penting. Anda perlu berikan lebih perhatian atau sepenuh tenaga anda dan masa anda untuk merancang kandungan yang betul.

Berikut 3 tip video yang boleh anda lakukan .

1) Tentukan matlamat utama video anda

Apa yang anda cari dalam video anda , adakah anda ingin mereka ketawa apabila menonton video anda ? atau anda cuba untuk bawa mereka masuk ke website anda ? atau mempromosikan produk anda? , Mengajar sesuatu yang baru? . Anda perlu mengenal pasti matlamat anda sebelum langkah yang seterusnya

2) Kenal Pasti Sasaran atau audience anda

Anda tidak boleh mensasarkan semua orang menonton video anda, kandungan video yang tidak jelas akan menjadikan sasaran anda tidak jelas. Sasaran anda dapat dikenal pasti melalui penyampaian anda , cara anda ambil video dan juga cara anda edit video anda. Anda juga boleh kenal pasti audience anda melalui cara anda kongsikan di media sosial. Fikirkan kepada siapa video anda ingin kongsikan dan juga dimana mereka di internet, Facebook , Instagram dan lain-lain.

3) Gunakan Kekuatan Emosi
Emosi akan memberikan tindak balas kepada apa yang kita kongsikan , sama ada untuk Subscribe Channel YouTube Anda, kongsikan video anda atau membeli produk anda. Telah terbukti dengan tarikan emosi di dalam video mampu membuatkan seseorang untuk untuk melakukan tindak balas yang anda inginkan.

Itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini , semoga bermanfaat  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!