amirulhaffizi

From the blog

Google Plus? apa tu?

Google+

Google+ dilancarkan pada tahun 2011 dan merupakan media sosial yang dimiliki oleh Google.Berfungsi seakan-akan seperti facebook tetapi di google plus anda tidak akan di ganggu dengan iklan-iklan seperti di facebook.

Pengguna di google plus pada peringat global sebenarnya sangat tinggi, kebanyakkan syarikat di luar negara menggunakan google plus untuk membina jenama mereka. Di Malaysia,pula bilangan pengguna tinggi akan tetapi disebabkan oleh tidak tahu menggunakan aplikasi ini jadi dibiarkan begitu sahaja.

aplikasi yang percuma sahaja dengan menggunakan akaun gmail anda dan akan dapat satu akaun google plus, bukan itu sahaja anda juga dapat akcess ke semua produk google secara percuma antaranya YouTube,Google Drive,Google Maps dan pelbagai lagi produk google yang akan saya kongsikan nanti.

Sekiranya anda pengguna android aplikasi google plus sudahpun tersedia ada di dalam smartphone anda. Jika tiak percaya cuba lihat smartphone anda ada atau tidak. Sebelum anda menggunakan smartphone anda, masih ingat lagi anda perlu masukkan akaun gmail anda ke dalam android anda untuk akcess ke Play Store yang anda download macam-macam apps tu secara automatik anda akan ada google plus.

Penting ke Google Plus ini? Ya,penting. kenapa? macam ini, anda cari maklumat menggunakan browser apa dan enjin carian anda apa? semestinya anda akan menggunakan google chrome dan Google search untuk mencari maklumat.Tahukah anda, hasil carian juga akan memasukkan carian di google plus.Tidak seperti di facebook anda letak lah seberapa banyak menu atau resepi dalam facebook jika anda buat carian di google kebiasaanya akan berada di bahagian bawah-bawah carian dan adakala tiada langsung, hasil carian akan lebih kepada website, blog, YouTube dan juga Google Plus.

Jadi sekiranya anda ada page resepi, anda juga boleh post resepi anda ke google plus, biar banyak keje sedikit tetapi hasilnya anda akan dapat lihat nanti.

saya rasa sampai sini je perkongsian Google Plus, inshaAllah saya akan buat perkongsian next produk di dalam senarai google ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!