amirulhaffizi

From the blog

8 Cara Promosi Ebook Anda

Bagaimana cara promosi ebook anda? Adakah ini masalah yang anda sering fikirkan? Saya akan kongsikan 8 cara promosi ebook anda. Sekiranya anda owner ebook atau anda penjual ebook orang lain. 8 cara ini anda perlu pertimbangkan untuk membantu anda dalam menerbitkan ebook anda sendiri.

Antara 8 cara promosi ebook anda adalah :

1 .Website

  • Dengan mencipta website yang profesional memudahkan pembaca atau media membaca berita terbaru tentang perkembangan anda dan info yang anda sampaikan. Pastikan anda masukkan gambar yang terang dan jelas , Biography ,link ke media sosial yang lain dan pelbagai lagi.

 

2.  Pelancaran Ebook Anda

  • Cari tarikh dan masa untuk melancarkan Ebook anda. jawab semua soalan berkenaan dengan event anda. Pastikan mereka teruja seperti anda juga. Anda boleh masukkan dalam Facebook, Google calendar dan event organizer apps.

3. Media Sosial

  • Gunakan semua platform media sosial yang ada,gunakan Facebook, Instagram dan Twitter. Gunakan sekurang-kurangnya 3 media sosial yang biasa anda gunakan . Luangkan masa untuk update semua media sosial anda sekurang-kurangnya 3o minit sehari . Amalkan dan anda akan nampak keputusannya .

4. Pertandingan

  • Jom buat pertandingan! antara perkara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan engagement dalam media sosial anda. Berikan hadiah ebook anda , berikan soalan quiz atau slogan atau apa sahaja untuk mereka dapat ebook anda secara percuma. Ingat, semua orang suka dengan hadiah ;).

5. Tulis Article di Blog

  • Tulis article di blog anda, article berkaitan dengan kerja anda. Bawa mereka ke website anda dan secara tidak langsung anda akan meningkatkan carian website anda . Secara tidak langsung jenama anda akan dikenali.

6. Google Alert

  • Gunakan Google Alert dimana Google akan maklumkan kepada kita sekiranya ada orang lain menulis tentang anda , tentang ebook anda , brand anda dan pelbagai lagi. Anda boleh hubungi mereka yang secara tidak langsung mempromosi anda dengan ucapkan terima kasih atau melakukan promosi untuk lain masa.Hargai mereka ya

7. Kelab Buku

  • Sertai mana-mana kelab buku sama ada dalam Facebook, Forum atau di mana sahaja. Buat perjumpaan untuk tukar pandangan tentang apa yang anda sedang usahakan. Perbincangan akan menambahkan ilmu anda serta pengalaman anda. Lakukan untuk perniagaan anda.

8. Kedai Buku

  • Pergi ke kedai buku untuk lihat buku yang menjadi pilihan orang ramai untuk dibaca. Anda boleh pergi ke rak buku dan lihat buku yang best seller dalam bulan lepas. Tujuan pergi ke kedai buku untuk anda cari idea baru bagi ebook anda yang seterusnya. Cuba lakukan sekali sebulan untuk lihat apa perubahan dan permintaan di kedai buku ini.

Jadi tiada masalah lagi selepas ini untuk anda mempromosikan sendiri ebook anda. Sebenarnya banyak lagi cara untuk melancarkan ebook anda atau

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!