amirulhaffizi

From the blog

Perniagaan Menjadi Mudah

Pernah atau tidak apabila anda reply whatsapp pelanggan dan pelanggan anda senyap, pernah atau tidak apabila anda DM pelanggan anda mereka “seen” sahaja? Mesti selalu, tipulah kalau semua yang anda DM atau reply tu akan reply semula boleh dikatakan separuh tidak akan reply semula .

Ya betul tu ini juga terjadi pada saya dahulu. Bayangkanlah kalau satu-satu masa kita akan dapat dalam 10 bakal pelanggan melalui whatsapp dan 10 bakal pelanggan kita di facebook bayangkan setiap daripada mereka bertanyakan soalan yang berbeza-beza agak pening kepala juga mahu reply satu per satu.

Walaupun kita sudah berikan semua detail produk, testimoni serta harga dan last sekali mereka akan tanya kita semula benda yang telah kita berikan dan sebagai contoh mereka akan tanya harga barang walaupun sudah dimaklumkan harga barang akan tetapi masih lagi mereka akan tanya semula.

Dari segi Follow Up pula, ya lagi sukar untuk kita follow up,bahkan kita terpaksa buat keje tambahan sama ada salin nama dan no phone pelanggan yang sudah membeli atau pelanggan yang belum membeli daripada kita atau salin FB name mereka , untuk 10-30 ya saya tahu anda akan rasa boleh buat secara manual seperti itu akan tetapi cuba anda bayangkan jika anda akan dapat 100 -200 pelanggan dan anda mampukah anda untuk lakukan ini semua secara manual?

Jadi apakah cara yang paling best sebenarnya dan saya sendiri menggunakannya pada perniagaan saya yang lain.Penyelesaian masalah ini adalah Website. Dengan adanya Website perniagaan anda akan mejadi mudah oleh kerana dalam satu-satu website anda akan masukkan semua kelebihan dan kekuatan produk anda beserta harga sekali.

Bayangkan kalau anda ada pelanggan yang jenis tidak suka dm atau whatsapp penjual ? Ya, anda sudah kehilangan seorang pelanggan bayangkan jika ramai yang seperti itu? rugilah kita kan. Kenapa tidak kita buat satu website dan letakkan link website di semua media sosial anda dan sekiranya ada pelanggan menayakan kepada anda tentang produk anda, jawapan yang anda boleh bagi adalah “untuk maklumat lanjut boleh lawati : amirulhaffizi.com”

Kurangkan kerja anda dan automatikkan perniagaan anda supaya perniagaan anda menjadi mudah. Untuk next post saya akan kongsikan macam mana untuk dapatkan satu-satu website.Tunggu next posting ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!