amirulhaffizi

From the blog

Selamat Hari Guru

selamat_hari_guru

   Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru ,cikgu, pensyarah dan semua orang yang pernah mengajar serta mendidik saya dari kecil sehingga sekarang jasa anda akan saya kenang sampai bila-bila. Pada tarikh keramat ini 16 Mei pada setiap tahun sambutan hari guru akan diadakan pada seluruh negara untuk menghargai jasa guru-guru yang telah mencurahkan ilmu dan mendidik sehingga menjadi insan berguna. Siapa tahu kenapa tarikh 16 Mei ini telah dipilih untuk menjadi hari sambutan hari guru ini?

   16 Mei ini dipilih untuk sambutan hari guru kerana pada tarikh yang sama juga dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of thr Education Committee) sebagi dasar pelajaran bagi negara kita dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak(Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

   Rasanya sudah cukup sejarah hari guru ini, pasti anda masih ingat nama guru- guru yang pernah mengajar anda bukan dari tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan juga di kolej. Saya pasti anda akan ingat sorang atau dua mama guru ini , bukan? saya masih lagi ingat nama cikgu saya dari saya tadika lagi, terlalu ramai saya ingin senaraikan disini. Tetapi saya pasti anda akan ingat guru yang garang, kesayangan dan yang pasti cikgu disiplin juga akan termasuk bukan?

   Kalau dekat sekolah dulu sambutan hari guru mesti meriah , macam-macam acara yang akan dibuat masa nie cikgu kenalah sporting habis baru meriah ,masa inilah sesi nak mengenakan cikgu idea nakal comform keluar nak tengok reaksi mereka apabila kena hukuman atau denda yang diberikan. Saya rasa sekolah anda juga lebih kurang sama bukan?,part paling best apabila cikgu paling popular akan dinobatkan apabila banyak terima hadiah daripada anak murid. Masa nie comform cikgu paling kacak atau cantik yang menang bukan?

Banyak kenangan manis kalau diingatkan balik semasa Hari Guru ini, rasa ingin kembali semula ke zaman persekolahan. Rindu kena marah, kena denda, kena rotan dan pelbagai lagi yang mana anda akan tersenyum sendiri kalau diingatkan kembali. Baiklah , saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada guru saya yang pernah mengajar saya jasamu akan ku kenang sampai bila -bila tanpa mu guru siapalh diri ku ini, Selamat Hari Guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!