amirulhaffizi

From the blog

Logo Perniagaan

 

Logo Perniagaan, Jika kita baca dan lihat logo merupakan identiti sesuatu perniagaan. Sebagai contoh produk Apple dengan logo Apple , logo kereta Mercedes dengan logo berbentuk bintang yang mana apabila kita nampak sekali kita akan mengetahui bahawa kereta tersebut adalah Mercedes .

Banyak lagi logo yang anda lihat diluar sana yang mengingatkan anda kepada sesuatu brand atau produk. Jadi apakah logo Perniagaan yang paling sesuai untuk kita pilih? Kebiasaanya logo adalah gambaran sesuatu perniagaan yang dijalankan.

 

Sebagai contoh mudah , jika kita menjual aiskrim durian musang king, logo anda mestilah memberikan gambaran durian dan juga warna isi yang kuning yang menyelerakan . Selain itu logo memudahkan pelanggan kenal anda dan logo merupakan branding untuk perniagaan anda juga. Sekali imbas orang sudah kenal itu adalah logo perniagaan anda.

Jadi adakah penting logo perniagaan ini ? tepuk dada tanya selera anda menentukannya  oleh kerana logo adalah penjenamaan atau branding anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!