amirulhaffizi

From the blog

Youtube telah melancarkan Copyright Match Tools

Sememangnya sangat sakit hati apabila video yang kita hasilkan dicuri orang dan dimasukkan kedalam Youtube orang lain.Kini tiada lagi masalah itu, semalam Youtube telah melancarkan Copyright Match Tools.

Apakah fungsi Copyright Match Tools ini? dengan ada Copyright Match Tools ini, Youtube membantu untuk mencari content anda yang dimuat naik semula ke dalam channel orang lain.

Macam mana Youtube lakukan? selepas anda selesai upload video anda, Youtube akan scan video yang lain yang telah dimuat naik ke dalam Youtube. Youtube akan menyemak dan sekiranya ada isikandungan yang sama atau serupa akan keluar paparan “matches” dan anda kena pilih apa yang anda boleh lakukan.

Jadi untuk anda sebagai owner video tidak perlu risau video anda diupload oleh kerana system Youtube sendiri akan bantu anda dari segi hakcipta.

Sumber: Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!