amirulhaffizi

From the blog

Warna Perniagaan

warna perniagaan memainkan peranan penting dalam perniagaan, jika dilihat banyak syarikat terkenal mempunyai warna yang tersendiri dan mereka menggunakan warna merah sebagai warna utama mereka  antara jenama-jenama popular menggunakan warna merah, sebagai contoh Coca Cola,Air Asia,KFC , MC Donald dan sebagainya.

Kenapa warna merah? kerana warna merah menarik mata kita untuk fokus lebih lama dan kita
lebih cepat tangkap sekiranya sesuatu itu berwarna merah.Adakah warna memaikan peranan penting? Jawapannya ya, warna memainkan peranan penting dalam perniagaan
atau penjenamaan.

Terdapat jenis warna yang kita boleh lihat iaitu warna yang kuat dan warna yang lemah, sebagai contoh
warna merah dan orang lebih cepat fokus pada warna tersebut.

warna perniagaan  yang kedua yang kuat adalah warna Biru,sebagai contoh pepsi , samsung, ford, HP,Panasonic
dan yang lain. Cuba bayangkan jika semua perniagaan menggunakan satu warna sahaja sebagai contoh warna merah sahaja, mesti amat susah untuk bersaing antara produk yang terdapat di pasaran.

Sedikit fakta warna untuk anda :
Purple : Kreatif,Individual, Kualiti, kesetiaan
Merah : Tenaga,Cita-cita, Impian, Kehendak, Kegairahan
Oren : Optimis,Fun,Mesra , Remaja
Kuning : Kebahagian, kemesraaan , Optimis, Keyakinan
Hijau : Harapan,Segar, Keseimbangan,Matang
Biru : Kepercayaan ,Kejujuran,Keutamaan,Bijak

Sebenarnya tidak kira warna apa sekalipun pastikan warna tersebut sesuai dengan anda atau sesuai
dengan warna perniagaan yang anda jalankan.Sebagai contoh produk islamik sudah pasti warna yang kita akan
adalah warna Hijau atau sebagai contoh lain , anda menjalankan perniagaan menjual produk bayi , mungkin
anda akan menggunakan warna yang lembut dan tidak semestinya warna merah atau biru. Perlulah mengikut
kesesuaian warna perniagaan  anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!