amirulhaffizi

From the blog

Tip Menulis Ebook

 2

Bagaimana hendak mula menulis ebook , di sini saya akan kongsikan tip menulis ebook untuk anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menulis sesuatu yang lebih pendek daripada sebuah ebook, menulis sesuatu yang lebih pendek? apa yang dimaksudkan dengan menulis sesuatu yang lebih pendek?

Disini saya akan terangkan lebih detail lagi,pernah atau tidak anda dengar tentang 10 tip, 10 teknik atau 10 cara untuk? jika pernah itu yang dimaksudkan dengan tulis sesuatu yang lebih pendek untuk permulaan anda untuk menulis.Bayangkan anda tiba-tiba menulis sesuatu penulisan yang panjang seperti novel , sudah pasti akan menyukarkan anda bukan. Jika anda gunakan 10 teknik atau tip ini anda juga dapat gunakan sebagai hadiah bonus untuk produk anda.

Bagaimana jika saya berikan anda ebook 10 langkah mudah membina dan menjual ebook? jika berminat klik disini >Ebook Percuma<

selain itu juga,tip menulis ebook untuk anda adalah, anda perlu mula menulis di blog anda atau jadi penulis blog jemputan ke blog orang lain. Dengan cara ini dapat membantu mengasah bakat anda dalam penulisan,cuba anda hubungi mana-mana blog yang anda rasakan sesuai dengan industri anda kemudian tanyakan kepada mereka jika memerlukan bahan ilmiah baru, sudah pasti mereka akan bersetuju dan pastikan anda ada tinggalkan alamat blog anda juga apabila menjadi penulis jemputan.

Seterusnya, pastikan  article anda di siarkan di surat khabar, majalah atau laman web ebook untuk membina platform anda  dan seterusnya memudahkan orang ramai mengenali anda.

Untuk menjadi penulis ebook yang baik, anda juga perlu mengetahui cara untuk penyuntingan, penggunaan bahasa dan pelbagai lagi dengan anda menghadiri krusus penulisan kreatif atau kewartawanan.

Jika anda ada semua yang di atas anda boleh mula fikirkan untuk mula menulis buku , ebook atau novel untuk melebarkan karya anda.Jadi perlu diingatkan dengan ilmu yang cukup sudah pasti dapat memberikan keyakinan kepada anda untuk menulis article di blog, buku atau ebook.Di harapkan tip menulis ebook ini membantu sedikit sebanyak masalah yang anda hadapi.Selamat menulis Ebook

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!