amirulhaffizi

From the blog

Tidak perlu beli atau gunakan kamera yang mahal (buat masa sekarang) – Tip Video

Tidak perlu beli atau gunakan kamera yang mahal (buat masa sekarang)

Buat masa sekarang jangan terlalu memikirkan untuk memilih kamera yang mana yang anda ingin gunakan , lebih – lebih lagi anda baru sahaja hendak mulakan buat video atau shot video.

Anda juga tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli kamera yang berkualiti tinggi dan ianya tidak penting bagi anda yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam membuat video .

Belum tentu juga anda akan teruskan untuk membuat video nanti dan akhirnya kamera tersebut tidak digunakan. Zaman sekarang tidak susah hendak mencari kamera yang berkualiti jadi jangan risau untuk pemilihan kamera berkualiti tinggi apabila anda sudah bersedia nanti.

Jadi apa pilihan terbaik untuk anda ambil video? Jawapannya adalah di tangan anda , gadjet yang sentiasa bersama dengan anda dan sering dibawa bersama iaitu telephone bimbit anda.


Sebagai contoh muzik video dibawah ini diambil 100% menggunakan iPhone X
:

Kualiti yang sangat bagus bukan? Gunakan handphone anda sahaja untuk ambil video dan gunakan handphone anda untuk asah bakat anda dalam pengambilan video atau teknik ambil video.
Buat masa ini gunakan apa sahaja yang anda ada iaitu telepon bimbit anda , apabila anda sudah bersedia untuk membeli kamera nanti, anda boleh elakkan dari pembelian barang yang tidak perlu atau mahal oleh kerana anda tahu cara untuk mendapatkan kualiti yang anda inginkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!