amirulhaffizi

From the blog

Teknik Menulis Apabila Tiada Mood

teknik menulis tanpa MOOD

 

Perkara yang akan terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah penulis yang terhebat didunia sekali pun akan mengalalami masalah yang sama. Apabila anda tahu ini adalah masa untuk menulis buku anda atau blog serta ebook tetapi tidak dapat meneruskan disebabkan motivasi anda untuk menulis berkurangan. Rasa ingin melakukan sesuatu yang lain lebih bermakna daripada menulis sering terjadi kepada anda bukan?Pertama sekali perkara yang anda perlu lakukan adalah jangan gementar atau takut, masalah ini adalah NORMAL bagi penulis dan anda buka sendirian dan anda tidak ingin perkara ini berlanjutan berlaku pada diri anda melainkan tiada apa lagi yang tinggal untuk ditulis. Jadi apa yang perlu anda lakukan ?Di bawah ini ada 5 teknik untuk menulis tanpa MOOD :

1) Buat sedikit

Teknik yang pertama, ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk menulis. Dengan menulis sedikit anda akan lebih rasa tenang dan tidak terburu-buru. Apabila masa sudah tamat ,berikan masa pada diri anda untuk berjalan dari keyboard.

2) Tukar lokasi

Mungkin anda boleh lakukan sedikit perubahan dengan pergi ke coffee house yang mana akan memberikan keselesaaan untuk menulis, bawa laptop anda ke taman atau bilik tidur untuk menjana idea yang terbaik untuk anda.

3)Ingat kembali

Cuba anda ingat semula post di blog anda yang mana mempunyai banyak komen yang menarik dan juga mana-mana media social yang mempunyai komen yang membina tentang penulisan anda. Jangan risau dengan anda boleh lakukan atau tidak, anda pernah melakukan sebelum ini jadi anda boleh melakukanya lagi .

4) Impikan kejayaan anda

Apa yang akan anda dapat apabila menulis buku? Menaikkan jualan, membantu lebih ramai orang , kembangkan bakat anda ketahap lebih tinggi? Itu tidak akan terjadi jika anda tidak menulis, jadi biarkan ianya menjadi pembakar semangat anda.

5) Lakukan sahaja

Jika kita tunggu sehingga ada mood sebelum melakukan apa sahaja,maknanya tidak akan tercapat satu pun matlamat atau cita-cita kita , ruginya jika saat itu berlaku . kenapa anda tidak menyiapkan sahaja kerja anda dan lakukan sehingga siap anda pasti tidak sabar apabila waktu itu akan datang.

 

Sudah pasti kita akan menulis sesuatu yang mudah dah ringkas,yang memberi inspirasi dan juga yang memberikan kegembiraan tetapi kita semua ketahui bahawa kehidupan tidak selalu indah dah kita sangat bertuah dapat merasainya. Jadi gunakan teknik yang diberikan untuk mengelakkan kerja anda tertangguh dan anda mampu menyiapkan kerja anda dalam masa yang telah ditetapkan .

 

2 comments

  1. mencuba juga kadang mood langsung tak datang…

    bila memaksa tulis juga jari jemari pula kaku tidak dapat menari sepatah apa pun. Writer block…

    kadang-kadang mental block terus….

    namun tips yang diberikan di atas sedikit sebanyak membantu…. ingat balik post post lama… dapat komentar… bermotivasi sedikit….

    Terima kasih tuan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!