amirulhaffizi

From the blog

Ramadhan yang dirindui

Bulan Ramadan bakal berkunjung tiba tidak lama lagi, masing-masing sudah pasti tidak sabar untuk menempuhi bulan yang mulia ini. Tidak kira dari kecil hingga dewasa sudah pasti sudah mengira berapa hari sahaja lagi yang bakal tiba untuk menempuh sebulan berpuasa.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:183 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa”.

 

Bulan Ramadan atau bulan puasa ini sangat lah dinantikan ketibaanya oleh setiap orang Islam kerana bulan ramadhan mempunyai banyak fadhilat , manafaat dan kebaikan  yang akan diterima oleh umat islam yang mengerjakannya. Antara amalan-amakan sepanjang bulan Ramadhan yang boleh anda lakukan adalah :

  • Membaca Al-Quran
  • Qiyamullail
  • Doa,Zikir dan Istighfar
  • Menjaga lidah dan menjauhi sifat dusta
  • Mengerjakan umrah di bulan ramadhan
  • Beri’tikaf
  • Lailatul Qadar

 

Jangan lepaskan peluang  menunaikan solat sunat tarawih yang hanya ada pada bulan ramadhan sahaja, pada setiapa malam ada fadhilat dan kebaikan yang tersendiri , semoga kita kekal istiqamah melakukannya dan semoga ramadhan pada tahun ini menjadi ramadhan yang terbaik untuk kita semua.

Sabda Rasulullah SAW sewaktu menaiki mimbar di Madinah: “Sangat malang ,orang yang berkesempatan melalui ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya”.[ Ibnu Khizaimah ,al –Baihaqi]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!