amirulhaffizi

From the blog

Rahsia Google Slide

Bayangkan anda seorang student dan akan adakan presentation beberapa minit lagi dan cuba anda bayangkan sekiranya Slide yang anda ingin tunjukkan atau present tertinggal atau File tidak boleh dibaca pada laptop orang lain.

Atau anda pernah dalam situasi begini pula, tertinggal slide untuk ditunjukkan kepada bakal client anda atau file corrup tidak dapat dibuka fuhhh, bayangkan mesti berpeluh punya.

Anda hendak tahu , sebenarnya kerja anda lebih mudah dengan aplikasi ini , apakah dia?
pernah anda dengar Google Drive? Jika pernah didalam Google Drive ini terdapat aplikasi yang dapat membantu anda memudahkan kerja. Jika anda pernah mengalami masalah diatas, ini adalah penyelesaian untuk anda.

Dengan menggunakan Google Slide, secara jujurnya saya sendiri menggunakan google slide ini dan sudah semestinya akan memudahkan kerja saya dan saya tidak perlu bawak pendrive kemana-mana semuanya saya simpan di simpan didalam Google Slide.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah  login ke akaun Gmail –  Drive – Google Slide nanti saya berikan link tutorial lengkap untuk slide ini ya , jangan risau.Klik Disini

Di dalam Google Slide ini terdapatnya template yang anda boleh gunakan  atau anda juga boleh gunakan blank template dan lakukan daripada awal. Menggunakan Google slide ini mudah sahaja, seakan-akan menggunakan Powerpoint sahaja.

Menggunakan google slide ini anda boleh direct menggunakannya atau anda ingin download sebagai Powerpoint , tiada masalah, file anda tidak akan corrupt, lebih selamat .Antara kelebihan yang ada pula anda boleh share slide ini dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang anda ingin dengan memasukkan email mereka atau berikan link khas yang disediakan.

Jadi masalah anda tertinggal slide untuk present tiada masalah lagi, anda boleh gunakan pilihan iaitu menggunakan Google Slide cepat, mudah dan paling penting adalah Percuma , rugilah kalua tidak menggunakan , lagi-lagi anda yang selalu terlupa tu ,oppss.

Next saya akan kongsikan lagi lebih banyak tentang google Drive, apa yang anda boleh lakukan dan kelebihan menggunakan Google Drive .

Jangan Lupa share dan komen ya .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!