amirulhaffizi

From the blog

Menulis Buku

Saya pasti ramai di antara kita di luar sana ingin menulis buku sekurang-kurangnya sebuah, Impikan  buku anda di terbitkan atau berada di rak-rak buku di kedai buku yang terkenal.

Mesti akan rasa satu kepuasan untuk anda bukan? jadi untuk menjadikan impian anda menjadi realiti anda perlulah menulis buku anda sendiri , masalahnya bagaimana hendak menulis buku ? berapa lama masa yang akan diambil? dan pelbagai persoalan yang akan timbul bukan?

saya kongsikan tip yang diberikan oleh Sifu Irfan Khairi sendiri bagaimana hendak menulis buku

Pertama : Tulis dua buah buku serentak – pelik bukan? bukan pada hari dan waktu yang sama anda perlu tulis dua buah buku tersebut , disini konsep yang di sarankan. Anda akan mengalami masalah “writer block” iaitu kehilangan idea menulis , daripada anda perlu memerahkan idea untuk satu bab, kenapa anda tidak menulis buku yang lain , tajuk yang berbeza.  Anda perlu tinggalkan buku yang anda tulis sekejap dan buat idea yang lain pada buku yang lain pula ini akan lebih membantu anda dalam menyiapkan sebuah atau dua buah buku dalam masa yang sama.

Kedua : Rakam apa yang anda cakapkan- kebiasaanya idea anda akan hilang apabila buka sahaja laptop atau depan komputer . Ini biasa terjadi , untuk mengelakkan masalah ini , anda cuba rakam apa yang anda ingin sampaikan terlebih dahulu, sekarang semua smartphone ada recorder untuk merakam percakapan anda. Rakam isi penting anda ingin sampaikan kemudian anda boleh dengar semula apa yang anda ingin sampaikan.

Ketiga :  Jangan tulis secara kronologi- kebiasaanya kita akan menulis secara step by step ,sebagai contoh pendahuluan, isi pertama , isi kedua , penutup, kesimpulan dan pelbagai lagi.Menulis sebegini biasa dilakukan oleh semua orang tetapi anda akan sangkut pada satu tahap anda akan kehilangan idea pada part yang anda sedang buat. Jadi untuk lebih memudahkan anda gunakan step ini, dimana anda ada idea anda terus tulis bahagian tersebut,tidak perlu tulis step by step ini akan memudahkan anda bukan,

Jadi hari ini anda sudah boleh menulis buku anda sendiri , mungkin dalam beberapa bulan buku anda sudah siap, mesti best buku anda keluar dan berada di pasaran. mesti anda nak tahu cara paling mudah nak buat dan jual, susah atau tidak dan berapa kos? nak tahu? tunggu post saya yang berikut ….

 

Psst : 3 tip utama diberikan oleh  Sifu Irfan Khairi , apa yang  ditulis sekali dengan olahan yang difikirkan sesuai boleh klik disini untuk lebih lanjut.

untuk lebih clear boleh check video ini ya :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!