amirulhaffizi

From the blog

Latar Belakang yang sesuai – Tip Video

Jangan ambil mudah tentang latar belakang atau dikenali sebagai background . Ianya akan membantu anda dalam penceritaan anda nanti . Dengan ada latar belakang ini juga dapat membantu berikan pesanan anda dengan lebih jelas dan juga dapat tonjolkan jenama anda. Latar belakang ini juga mempengaruhi kualiti video anda juga.

Pemilihan latar belakang juga bergantung kepada jenis video yang akan dihasilkan, jenis audience dan juga matlamat video yang anda inginkan. Terdapat dua jenis latar belakang yang biasanya akan digunakan :

1) Latar Belakang yang asli /Real background
Ini termasuk persekitaran yang sebenar seperti pejabat, ruang tamu atau lokasi diluar. Sesetengah orang melihat ini adalah pilihan yang mudah kerana hanya perlu buat mengikut apa yang kita ada sahaja , tidak perlu sebarang penambahan .

Cuma perlu dingat , background tersebut perlulah tidak terlalu serabut,tidak menganggu pandangan atau sebarang benda yang tidak membantu dalam penceritaan anda serta perkara yang tidak membantu dalam jenama anda.

2) Latar belakang Palsu / Fake Background

Latar belakang palsu ini termasuklah skrin hijau,langsir, kertas dinding atau apa sahaja yang statik. Latar belakang palsu sangat sesuai untuk mereka yang inginkan konsisten untuk buat video dimana tidak perlu cari latar belakang yang sesuai mengikut video.

Untuk skrin hijau pula mempunyai sedikit kelebihan dimana anda boleh memilih latar belakang yang anda inginkan , akan tetapi bagi mereka yang baru membuat video adalah tidak digalakkan oleh kerana ianya sukar untuk digunakan.

Apa sahaja latar belakang yang anda pilih nanti , pastikan cahaya dari hadapan adalah sesuai dengan latar belakang, terutama sekali kepada subject yang anda ingin rakamkan. Pastikan pencahayaan yang harmoni yang tidak terlalu terang yang membuat penonton sakit mata atau cahaya yang malap membuatkan penonton tertidur apabila menonton video anda .

Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!