amirulhaffizi

From the blog

Google Form Kini Dengan File Attachment

Bayangkan anda masih lagi tercari-cari aplikasi atau plugin borang untuk digunakan di dalam website anda atau blog anda ,terbaru Google form kini dengan file attachment.

Jika dahulu google form ini hanya digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti maklumbalas, survey dan apa sahaja maklumat yang anda inginkan pelanggan anda isi, tetapi kini anda juga boleh jadikan google form ini sebagai borang pesanan.

Dengan kemudahan file attachment sudah pasti kita akan rasa lebih mudah dengan dan selesa untuk memasukkan maklumat yang diperlukan. Ciri ini baharu sahaja ditambah didalam google form ini.

Pengalaman personal saya dalam menggunakan google form ini, memang amat memerlukan borang pesanan yang mampu attach file untuk diisi oleh pelanggan saya, dengan ciri terbaru ini sudah pasti akan memudahkan saya.

Saiz file yang anda boleh masukkan dari 1MB- 10 GB , amat besar sekali google form ini support. Bagi jenis file pula, kita boleh masukkan file berbentuk document,spreadsheet,PDF,Video,Prentation,Drawing,Image dan Audio. Tambah pula,bilangan file yang boleh diupload dalam satu-satu masa dalam google formini adalah dari 1- 10 file dan pelbagai jenis.

Tapi bahagian yang saya rasa kurang sikit pada google form ini adalah bahagian sign in bagi form yang mempunyai file attachment, jadi jikalau kita buat google form ini dan ada bahagian file attachment akan memerlukan sign in daripada customer dan pendapat saya agak leceh sedikit. Tapi tidak mengapa selagi percuma baik kita gunakan dan data pelanggan jadi selamat sampai pada kita.

Harap next update dari google form adalah “pop up” kalau ada bahagian ini memang Terbaik! . Jadi yang pening atau ada msalah lagi tu boleh gunakan google form untuk perniagaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!