amirulhaffizi

From the blog

4 Langkah Untuk Meningkatkan Trafik Ke Website Anda Menggunakan Google Plus (bahagian 1)

Google plus mempunyai potensi untuk membantu anda dalam perniagaan, Sebagai usahawan pasti anda tidak ingin melepaskan peluang yang diberikan oleh google plus untuk menggunakan media sosial yang semakin dikenali dan semakin berkembang ini untuk meningkatkan perniagaan anda

Google plus telah dicipta untuk meningkatkan pengalaman anda bersama Google, sebagai contoh Gmail,Youtube dan Engine carian Google. Dengan mempunyai google plus untuk perniagaan anda bermakna anda mempunyai peluang untuk lebih dikenali dan meningkatkan traffik website anda.

Di sini saya kongsikan 4  Langkah yang boleh digunakan untuk meningkatkan trafik ke website anda dengan menggunakan Google Plus ini.

 

Tip #1:  Buat satu page Google Plus untuk perniagaan anda.

mudah dan ringkas , anda hanya perlu menghasilkan page Google Plus untuk syarikat anda. masukkan URL website anda ke dalam page  google plus bertujuan meningkatkan trafik ke website anda , ini merupakan kunci utama untuk memastikan pelawat terus meningkat ke website anda.Di page google plus juga anda boleh pilih nama yang sesuai untuk page perniagaan anda yang mana anda boleh pilih dan reka sendiri  dan ini termasuklah di YouTube. Jangan lupa untuk masukkan cara menghubungi anda dan link berkaitan tentang perniagaan anda dalam google page sebagai contoh page facebook anda ,   instagram, twitter, pinterest alamat dan pelbagai lagi yang berkaitan perniagaan anda . lebih banyak cara untuk bakal pelanggan anda untuk hubungi anda makin mudah mereka mempercayai anda dan produk anda.

Tip #2: Isikan Format Pada Setiap  Post.

Berbeza dengan rangkaian sosial yang lain, Google+ membenarkan  anda untuk format posts anda. Hasilnya, ia membuatkan post anda lebih mudah dibaca dan juga teratur. Sebagaimana kita sedia maklum, tidak semua orang akan membaca apa yang anda post sehingga habis. Jadi, gunakan bold, italic, dan point untuk menarik perhatian pembaca hasilnya seperti di blog anda.

Tip #3: Gunakan tajuk yang sesuai

Anggap google plus ini seperti mini blog untuk anda.Pastikan tajuk utama yang digunakan saling berhubung kait dengan apa yang anda post dalam blog. Google Plus memberi kesan yang signifikan terhadap SEO, tajuk utama bagi setiap post anda di Google Plus juga perlu dioptimumkan kerana ia akan dijadikan sebagai tajuk tag dalam carian Google. Google  akan memaparkan carian dari blog dan website tetapi kini  carian daripada google plus juga tidak akan ketinggalan, jadi peluang untuk anda berada di rank google sangat tinggi.langkah ini perlu diambil kira untuk meningkatkan trafik ke website anda melalui website.

Tip #4: Gunakan gambar yang menarik dan bergerak

Sama seperti Twitter dan Facebook, sekiranya gambar dimuat naik dalam Google Plus juga akan dilihat oleh lebih ramai pengguna berbanding post yang tidak mempunyai sebarang gambar. Selain daripada menggunakan imej, anda juga boleh menggunakan  animasi GIF atau dikenali gambar yang bergerak sendiri. Jadi setiap post anda perlu lah mengandungi gambar yang berkaitan dengan issue yang anda ingin ketengahkan untuk menarik pelawat masuk ke dalam website anda.

 

4  Langkah yang boleh digunakan untuk meningkatkan trafik ke website anda dengan menggunakan Google Plus, menarik dan mudah untuk meningkatkan trafik ke website anda tetapi saya akan kongsikan lagi 5 tips yang akan meningkatkan perniagaan anda menggunakan Google Plus pada bahagian yang kedua pasti lebih menarik untuk anda dan perniagaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!