amirulhaffizi

From the blog

3 Tip Video Marketing

Tip Ringkas untuk anda

Tahukah anda bahawa satu kajian telah dilakukan menunjukkan pada tahun 2017 sebanyak 74% trafik internet adalah daripada video? Jadi sebelum melangkah ke tahun hadapan dalam masa 1 bulan dari sekarang , saya akan kongsikan 3 tip video marketing untuk perniagaan anda.

1) Jadikan Personal
Sebagai satu cara untuk penonton mengenali sedikit tentang brand anda. Jangan takut untuk menunjukkan keperibadian anda. Tunjukkan diri anda kepada penonton. Dengan ini, akan menjadikan video anda lebih menarik dan terterik untuk di tonton tambahan juga mewujudkan jenama yang positif untuk bakal pelanggan anda.

2) Tambah Logo Anda
Pastikan anda brand kan setiap video yang anda hasilkan dengan cara masukkan logo perniagaan anda.Tempat terbaik untuk masukkan logo ini adalah di awal video dan juga di akhir video anda bagi memastikan kesan jenama anda berkekalan dan juga diingati.

3) Masukkan Muzik
Dengan memasukkan muzik di dalam video merupakan satu penambahan yang terbaik. Sama ada ianya alunan lagu latar yang lembut atau focus kepada audio yang disampaikan. Dengan penambahan ini dapat membantu menjadikan pengalaman tontonan yang lebih menyenangkan dan professional.

Jadi jangan lupakan gunakan tip ringkas ini untuk video anda yang akan datang ya  🙂 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!