amirulhaffizi

From the blog

3 Tempat Simpan Dokumen Di Cloud

Kalau dulu kita akan simpan file kita di rak atau diletakkan di dalam file dan disimpan. Jika mahukan kembali kita akan cari balik semua file yang kita telah simpan tadi. Tapi itu dulu, sekarang semua lebih mudah dan hampir semua resit akan diberikan secara online. Jadi kita akan simpan didalam HP atau Laptop /PC .

Jadi akan jadi masalah sekiranya PC/Hp anda hilang atau kena format, alamak …. memang naya kalau jadi macam ini. Jadi saya kongsikan 3 tempat simpan dokumen di Cloud.

1) Google Drive
Saya yakin hampir semua orang mempunyai akaun Gmail, jadi secara automatik anda mempunyai Google Drive, anda hanya perlu cari icon seperti dibawah ini sahaja .

Saya secara personal amat suka menggunakan Google Drive ini oleh kerana mudah untuk digunakan dan sangat mesra pengguna.  Selain itu ruangan simpanan yang diberikan adalah sebanyak 15 GB serta anda boleh share drive anda dengan sangat mudah ada pilihan sama ada perlu login atau tanpa perlu login dengan hanya satu klik sahaja.

15 GB Percuma
> Mudah Di akses
> Mesra Pengguna
> Online Editing
> sokongan Video,Gambar, Excel,Word,Powerpoint ,Audio

2) Dropbox

 

Dropbox antara aplikasi yang popular membantu anda dalam penyimpanan dalam cloud.
> Penyimpanan percuma sebanyak 2GB.
> Boleh dibuka menggunakan Apps dan juga PC.
>  Free dan berbayar
>  Tiada expired date jika tidak menggunakanya.

3) Mega
Mesti anda jarang mendengar cloud storage yang ini, iaitu Mega. Mega juga merupakan satu platform online dimana anda boleh simpan gambar,video file serta pelbagai lagi. Apa yang paling best adalah Mega menawarkan 50GB penyimpanan.
Jika anda ada gambar yang banyak atau video anda boleh fikirkan untuk menggunakan Mega.

 

Untuk mega pula ada sedikit kekangan dimana anda perlu aktif buka dan juga perlu selalu login , jika tidak mereka akan padam akaun anda. Akan tetapi jangan risau mereka akan berikan beberapa email reminder untuk anda login ke akaun anda.

Jadi anda ada pilihan dimana anda boleh gunakan pilihan 3 tempat simpanan dokument di cloud  , semoga memberi manfaat kepada anda .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

error: Content is protected !!