amirulhaffizi

From the blog

5 Tips anda menjadi usahawan

Setiap orang mahukan perniagaan sendiri tidak kira sama ada perniagaan Online atau Offline. Jadi adakah anda bersedia untuk menjadi seorang usahawan dan fokus kepada perniagaan sendiri? disini 5 tip untuk anda jadikan tanda aras adakah anda bersedia menjadi usahawan.
1. Tahu cara tarik pelanggan
Perkara yang paling penting untuk mengukur prestasi perniagaan adalah jumlah jualan dan keuntungan yang diperoleh. Jualan hanya akan direkod sekiranya terdapat transaksi jual beli. Permintaan dan cita rasa pembeli akan sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jadi,peniaga perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa bagi memenuhi kepuasan maksimum pengguna. Seorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan menghasilkan produk yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding produk lain.
2. Minat, ilmu, dan kemahiran bisnes
Minat yang mendalam untuk berniaga merupakan elemen yang penting sebelum anda lakukannya secara sepenuh masa. Tetapi minat sahaja tidak akan lengkap tanpa ilmu dan kemahiran bisnes yang mantap. Kesemua aspek ini amat diperlukan bagi merancang masa hadapan yang jelas .
3. Berani ambil risiko
Tiada perniagaan yang tidak berisiko tetapi tidak semua peniaga mahu mengambil risiko dalam perniagaan mereka. Dalam financial market, sesuatu yang berisiko tinggi itu akan memberi pulangan yang tinggi kepada perniagaan. Sebagai contoh, pelabur akan membeli saham yang berisiko tinggi kerana ia akan memberi keuntungan yang tinggi kepada pelabur. Untuk jadi usahawan sepenuh masa,pastikan anda sudah bersedia untuk menjadi ‘risk taker’ risiko dalam perniagaan.
4. Komitmen kewangan
Sekiranya anda mengambil keputusan berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa dan menjadi usahawan, pastikan pendapatan perniagaan telah stabil iaitu menyamai atau melebihi gaji bulanan anda sekarang. Anda juga perlu mempunyai tabung simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan sebagai backup. Senaraikan dan kira jumlah perbelanjaan bulanan, seterusnya buat pengasingan untuk komitmen peribadi dan perniagaan. Hanya duit peribadi digunakan untuk belanja peribadi dan duit hasil perniagaan hanya digunakan untuk operasi perniagaan.Ingat kena.Disiplinkan diri ya , sangat susah pada peringkat awal, lama-lama akan jadi biasa, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa sebab bukan senang nak senangkan.
5. Tidak bergantung
Apabila keputusan untuk berniaga sepenuh masa telah dibuat, pastikan anda sudah benar bersedia untuk menghadapi ujian dalam perniagaan. Anda tidak lagi bergantung kepada orang lain untuk mengurus perniagaan,tetapi anda sendiri yang akan mengurusnya bermula dari A-Z dan setiap keputusan juga ditentukan oleh anda. Ini tidak bermakna anda tidak boleh meminta pendapat daripada orang yang lebih berpengalaman dan adalah lebih baik jika anda mempunyai seorang mentor untuk dijadikan sebagai rujukan untuk perniagaan anda.
Jikalau ada 5 tanda ini maka anda telah bersedia menjadi usahawan sepenuh masa
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.